Tentang teori kerelatifan Teori_kerelatifan

Einstein menyatakan bahawa teori kerelatifan tergolong sebagai "teori prinsip". Oleh itu, ia menggunakan kaedah analisis. Ertinya, unsur-unsur yang membentuk teori ini tidak berasaskan hipotesis, tetapi penemuan empirik. Penemuan empirik ini membawa kepada pemahaman tentang sifat-sifat am proses semula jadi. Kemudian, model-model matematik dimajukan untuk mengasing-asingkan proses semula jadi itu kepada pemerian teori matematik. Oleh itu, secara analisisnya telah disimpulkannya syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Peristiwa-peristiwa berasingan mesti memenuhi syarat-syarat itu. Kemudian, pengalaman sewajarnya memadankan kesimpulannya.[7]

Teori kerelatifan khas serta teori kerelatifan am saling berkait rapat. Seperti yang dinyatakan nanti, teori kerelatifan khas berguna untuk kesemua fenomena fizik kecuali graviti. Teori am menyediakan hukum kegravitian, serta kaitannya dengan kuasa-kuasa alam yang lain.[7]

Rujukan

WikiPedia: Teori_kerelatifan http://books.google.be/books?id=jL9reHGIcMgC http://gme.grolier.com/article?assetid=0107090-0 http://gme.grolier.com/article?assetid=0244990-0 http://gme.grolier.com/article?assetid=0272730-0 http://www.juliantrubin.com/schooldirectory/relati... http://adsabs.harvard.edu/abs/1932PhRv...42..400K http://adsabs.harvard.edu/abs/1938JOSA...28..215I http://adsabs.harvard.edu/abs/1941JOSA...31..369I http://adsabs.harvard.edu/abs/1949RvMP...21..378R http://math.ucr.edu/home/baez/physics/Relativity/S...